Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Kuantan

                Sejarah Kolej Komuniti Kuantan bermula pada 1 Jun 2001 dan merupakan salah satu daripada 10 buah kolej rintis yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Mula beroperasi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah  Kuantan sebagai kampus sementara dan kemudian berpindah ke kampus tetap di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

                Kolej Komuniti Kuantan telah membuka lembaran baru kepada masyarakat setempat dengan membina lebih banyak      peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran individu. Pentadbiran Kolej Komuniti Kuantan diterajui oleh 7 orang pengarah sebelum ini iaitu Dato’ Abu Bakar Bin Ahmad, IR Tuan Hj Abdull Hamid Bin Othman, Dato’ Hj Wan Azam bin Hj Wan Hamid,AAP  Puan Hajah Norlida Bt Abd Razak, Encik Mahmood Bin Mohamad, Encik Muraly Tharen A/L Rengasamy dan Puan Norehan Binti Silek . Pada April 2017, jawatan pengarah telah diambil alih oleh Encik Rosli Bin Zainuddin sehingga kini . Pada Januari 2015, Kolej Komuniti berada dalam  Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti  bernaung dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

                Tahun 2015 menyaksikan transformasi demi transformasi dilaksanakan bagi menjenamakan semula imej Kolej Komuniti Kuantan. Diantaranya ialah perubahan logo, penambahan blok bangunan akademik yang baru dan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti kepada para pelajar program sepenuh masa  dan program kursus pendek.

                Selama 15 tahun beroperasi, kejayaan demi kejayaan berjaya diraih oleh pelajar-pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Kuantan. Melalui bidang akademik, ko-kurikulum dan sukan, Kolej Komuniti Kuantan berjaya menempa nama sebagai pemenang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain itu,  Kolej Komuniti Kuantan mampan berperanan melatih komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan. Hasil usaha bersepadu ini akan  meningkatkan kecemerlangan dari masa ke semasa melalui kerjasama padu daripada seluruh warga kolej.

 

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 09-5721313/1310
  • No Faks: 09-5735000
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Kuantan , Kementerian Pendidikan Tinggi ,B-24, Jalan  IM 3/13 ,Bandar Indera Mahkota,25200,Kuantan,Pahang 
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2